KATA PENGANTAR
Segala puji bagi
Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga selalu tercurahkan
kepada junjungan Nabi besar kita Muhammad SAW, keluarga, sahabatnya, serta
pengikutnya yang setia mengikuti tuntunannya.
Alhamdulillah pemakalah
dari tugas mata kuliah Bahasa Indonesia tentang
Konsep Ketuhanan Agama Islam dan Agama Yahudi telah dapat diselesaikan, dengan
ini saya mengucapkan banyak terima kasih khusus kepada ustad Drs. Muh. Fajar
Pramono, M.Si dan segenap teman-teman yang berada di prodi perbandingan agama
angkatan 2015 yang mana telah banyak membantu saya dan memberikan saran dalam
pembuatan pemakalahan kali ini. Semoga menjadi awal langkah yang baik dan
semoga kebaikan dan pretasi senang sentiasa mengiringi kita semua sehingga
akhir hayat kita.
Siman,28/11/2015.
DAFTAR
ISI
KATA PENGANTAR.................................................................................1
DAFTAR ISI................................................................................................2
BAB
I:
PENDAHULUAN...........................................................................3
1.1. Latar
belakang.............................................................................3
1.2. Rumusan masalah Berdasarkan latar belakang...........................5
1.3. Tujuan penulisan.........................................................................5
1.4. Manfaat penulisan.......................................................................5
BAB
II: PEMBAHASAN............................................................................6
2.1. Definisi
Agama...........................................................................6
2.1.1.Pengertian Islam secara
Umum..................................7
2.1.2.Pengertian Yahudi Secara Umum..............................8
2.2.
Konsep ketuahanan Yahudi................................................................9
2.2.1. Yahuah dan tingkat penyembahanya.........................10
2.2.2. Sifat –sifat yahuah.....................................................10
2.3.
konsep ketuhanan menurut agama Islam.....................................11
2.3.1. Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah, dan
Tauhid As’ma wa Sifat................................................................................................................12
BAB III: PENUTUP.....................................................................................15
Kesimpulan..........................................................................................15
Saran...................................................................................................15
Penutup..............................................................................................16
DAFTAR PUSAKA.....................................................................................17
BAB I
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
1.1. Latar belakang
Agama-agama
samawi yang kita tahu sihigga sekarang ialah Agama, Yahudi, Agama Kristian, dan
Agama Islam. Pada dasarnya agama- agama mempunyai satu tujuan yaitu sebagai
agama tauhid pada awalnya. Tetapi pada akhirnya agama Yahudi dan agama Kristian
telah di rusakkan oleh tangan mereka sendiri, pada dasarnaya agama Kristian
berasal dari agama Yahudi. Nabi Musa
diutuskan untuk untuk menjadi nabi bani Israel yang menyampaikan hukum taurat,
sedangkan Nabi Isa pula di utuskan untuk menyelamatkan Bani Israel dari
kesesatan yang telah lama dilakukan oleh kaum tersebut. Maka dikeranakan agama
Yahudi dahulu adanya dari agama Kristian maka dalam pemakalah kali ini saya
akan membawa kita akan membahas konsep ketuhanan Agama Yahudi dan Agama Islam.
Agama Yahudi
bukanlah asal dari satu perkataan yang khusus untuk agama tersebut, tetapi
Yahudi berasal dari nama sekelompok kaum yang di sebut bangsa Yahudi ataupun
Bani Israel atau anak cucu nabi Ya’kub. Israel merupakan gelaran pada nabi
Ya’kub.
Awal munculnya
kaum Yahudi bermulai dari zaman silam Yahudi[1]:
1.
Zaman awal para ketua pemimpin kaum:
Zaman ini merupakan zaman pengasas atau pemimpin yang terawal dalam
sejarah Yahudi. Zaman ini boleh dikategori kepada beberapa peringkat bermula
dari zaman Abraham (ibrahim), Isaac, Ya’kub,dan akhirnya Musa.
2.
Zaman Ibrahim:
Lebih kurang pada tahun 2000 SM, Ibrahim telah di lahirkan di kota
Ur dari keturunan. Ajaran agama Ibrahim yang di bawa amatlah bertentang dengan
carahidup pada zaman itu, ibrahim dan para pengikutnya tidak terlepas dari
penganayaan dan penindasan dan akhirnya mereka berpindah ke Kana’an (palestina)
dengan menyeberangi sungai Furat oleh kerana itu mereka digelar sebagai Ibrani
(penyeberang atau berpidah).
3.
Zamaan Isaac dan Ya’kub:
Setelah Ibrahim meninggal,tanggung jawab memimpin kaum Yahudi
adalah Isaac putera beliau, dan setelah Isaac meninggal diganti dengan Ya’kub,
pada saat ini perkataan Israel dipakai buat pertama kalinya. Kemudian lahirlah
12 keturunan Israel dan perkembangan mereka begitu pasat sekali maka dari
itulah dinamakan sebagai Bani Israel (anak cucu Israel.
Sedang agama Islam
pula berasal dari arab yaitu dar kaum Quraisy. Agama Islam dalah agama yang
terakhir dan sebaik-baik agama dan tiada keraguan di dalamnya dari zaman
datangnya islam sehingga sekarang. Agama Islam menurut pandangan orang Islam
sendiri adalah agama yang terakhir dan agama yang hakiki datang dari tuhan dan
agama Islam dapat diterima oleh akal pada setiap zaman dan setiap generasi.
Agama islam datang
bersama Nabi Muhammad S.A.W,dan ianya berlainan dengan agama-agama samawi yang
lain, kerana agama-agama sebelumnya diturunkan untuk membawa sebahagian
kelompok (kaum) kejalan yang benar. Contohnya agama Yahudi ianya khusus untuk
kaum Yahudi dan agama Kristian hanyalah untuk orang Nasrani. Sedangkan agama
Islam pula diturunkan untuk ummat manusia yang ada di alam ini.
Makanya pentingnya
pembahasan di dalam pemakalahan kali ini kita dapat mengetahui atau mendalami
dua agama tersebut dan boleh mengetahui akan kebenaran. Dalam mengkaji dan
mempelajari kitab –kitab suci mereka.
1.2.Rumusan masalah
Berdasarkan latar belakang masalah di atas, maka makalah ini memfokuskan
pembahasan pada:
a.
Apa yang dimaksudkan dengan definisi agama.
b.
Bagaimana konsep ketuhanan menurut Yahudi.
c.
Bagaimana konsep ketuhanan menurut Islam.
d.
Bagaimana tanggapan atau sikap orang Yahudi terhadap tuhan mereka.
e.
Bagaimana tanggapan atau sikap orang Islam terhadap tuhan mereka.
1.3. Tujuan
penulisan
a.Bisa membaca dan mengetahui apa itu definisi agama.
b.Bisa mengetahui konsep ketuhanan menurut agama Yahudi.
c.Bisa mengetahui konsep ketuhanan Islam.
d.Dapat mengetahui kebenaran yang ada dalam dasar agama tersebut.
e.Dapat memperkukuhkan lagi akan keparcayaan atau keimanan kita
kepada tuhan bagi alam ini (Allah).
1.4. Manfaat
penulisan
Dalam penulisan atau pembahasan ini kita bisa memperkembangkan
pengetahuan kita sendiri dan orang lain
yang membacanya dan bisa mengetahui hakikat kebenaran agama. Dengan pembahsan
kali ini juga bisa meningkatkan pengetahuan bagi seluruh untuk
meningkatkan pengetahuan mereka sendiri terhadap suatu agama, dan dapat
pemperkayakan khazanah pengetahuan kita dalam pembelajaran.
Dan dari penulisan ini kita bisa mengambil kebijakan dalam
beragama, agar apa pilihan yang kita pilih dan apa yang kita lakukan menjadi
kebenaran dan bermanfaat bagi kehidupan kita.
BAB II
PEMBAHASAN
2.1. Definisi Agama
Defini agama
iaitu: yang pertama kepercayaan pada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan
tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang maha kuasa
dan keduanya pula ialah kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain (yang
dipuja dan sebagainya yang dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa.
Menurut penelitian
Dr. Haji Orang Kaya Rahmat, perkataan agama yang digunakan dalam Bahasa
Malaysia pada hari ini adalah berasal dari Bahasa Sanskrit yang bermaksud
keadaan yang teratur , kerana asalnya perkataan ini membawa maksud daripada
gabungan dua kalimat, yaitu “a” yang
bermaksud “tidak” dan kalimat “gama” yang bermaksud “kacau”. Oleh kerana itu ianya menjadi maksud “tidak
kacau” di sini membawa maksud bahawa agama mengatur kehidupan manusia dan
menyusunnya agar sentiasa aman dan harmoni.
Ciri-ciri umum agama:
a.
Mempercayai akan kewujudan tuhan yang sangat berkuasa.
b.
Adanya sekumpulan pengikut yang mempercayai agama tersebut.
c.
Setia agama dianggap sebagai satu cara hidup yang lengkap dan
sempurna oleh setiap pengikut.
d.
Agama dianggap sebagai suatu sistem kepercayaan, falsafah dan
pandangan sarwa atau worldview para penganutnya masing-masing.
e.
Setiap agama mempunyai kitab suci yang dianggap sebagai sumber
rujukan utama.
f.
Setiap agama didunia ini mempunyai hari suci atau perayaan
tertentu.
g.
Setiap agama di dunia ini mempunyai tempat- tempat suci .
h.
Kebanyakan agama mempunyai bahasa yang khusus atau bahasa rasmi
yang digunakan oleh para penganutnya.
i.
Kebanyakan penganut atau pengikut agama di dunia ini mempercayai
kewujudan hari pembalasan.
j.
Kebanyakan agama mempunyai sistem perundangan mereka yang
tersendiri dalam menentukan baik dan buruk atau halal dan haramnya sesuatu
benda atau tindakan.
2.1.1.Pengertian Islam secara Umum:
Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada para rasul-Nya sejak nabi
Adam , Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan seterusnya sampai kepada nabi penutup
Muhammad S.A.W, umat Islam meyakini dengan sepenuh hati bahawa kesemua nabi
yang diutuskan oleh Allah mempunyai satu bawaan yang sama yaitu akidah dan
ketauhidan Allah S.W.T secara total (mutlak). Konsep tauhid ini tidak
sekali-kali bisa dikompromikan sepertimana yang berlaku kepada agama kristian
yang beriman dengan secara doktrin Trinitas “Tiga yang Esa dan Esa yang Tiga”
Selain daripada itu,
umat Islam meyakini bahawa Islam merupakan satu-satunya al-Din (Agama)
yang datang dari Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran , ayat 19:
إِنَّ الدّينِ عِنْدَ اللهِ
الإِسْلَامُ(ال عمران:19)
Artinya:
Sesungguhnya agama yang diredhoi di sisi Allah
ialah Islam. (Ali-Imran:19)
Islam
juga merupakan agama fitrah. Ini jelas dinyatakan dalam surah al-Rum ayat 30 yang
bermaksud: maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Allah ; (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (itulah) agama yang
lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
2.1.2.Pengertian
Yahudi Secara Umum:
Agama Yahudi adalah
konbinasiantara agama dan suku bangsa. Kepercayaan semata-mata dalam agama
Yahudi. Di samping itu. Dengan tidak memegang kepada prinsip-prinsip agama
Yahudi tidak menjadikan seorang Yahudi kehilangan status
Yahudinya definisi Yahudi undang-undang kerajaan Israel tidak termasuk Yahudi
termasuk orang Yahudi yang memeluk agama yang lain.
DALIL-DALIL
إِنَّا أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ
وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ
وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ
وَآَتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا (.النساء:163)
Artinya:
Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana kami telah
memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudianya, dan kami telah
memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim , Ismail, Ishak, Ya’kub dan anak-anak
cucunya, Isa, Ya’kub, Yunus, Harun, dan Sulaiman. Dan kami memberikan kitab
Zabur kepada Daud. (An’nisa: 163)
شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا
وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ
إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا
فِيهِ (الشورى:13)
Artinya:
Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah
diwasiatkan-Nya kepada Nuh dab apa yang telah kami wasiatkan kepada Ibrahim,
Musa dan Isa yaitu: tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah
tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru
merekakepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki –Nya dan
memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). (Ash-Shura:13)
2.2. Konsep ketuahanan Yahudi.
Tuhan yang di sembah oleh Bani Israel selain Yahuah. Dalam sepanjang dari sejarah
tidak pernah hanya menyembah Tuhan yang maha Esa seperti yang diajarkan oleh
para Nabi. Kerana kegemaran mereka adalah Tuhan yang berbentuk, bertumbuh, dan
mempunyai bilangan atau jumlah. Kepercayaan primitif dan kolot ini menjadi
pahaman pokok bagi mereka, walaupun telah ditetapkan pertalian hubungan mereka
dengan Nabi Ibrahim dan banyak bilangan nabi yang telah diutuskan kepada
mereka. Maka ini telah jelas atas sikap mereka yang keras kepala dan yang
selalu murtad dari keimanan yang maha Esa(Allah) menjadi musyrik kepada –Nya
(Allah). Justru itu perlulah Allah mengutuskan Nabi-nabinya lagi untuk
memperbaiki seruan kepada tauhid dan pengesaan Allah.
Tetapi mereka beranggapan
yang mana banyak Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka itu kerana mereka adalah umat yang terpilih
dan paling dicintai oleh Allah. Maka
قُلْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ هَادُوا إِن زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ
أَوْلِيَاءُ لِلَّهِ مِن دُونِ النَّاسِ فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ إِن كُنتُمْ
صَادِقِينَ (الجمعة:6)
Artinya:
Katakan (Muhammad) “ hai orang-orang yang menganut Agama Yahudi, jika kamu
mendakwakan bahwa sesungguhnya kalian sajalah kekasih Allah bukan manusia-manusia
yang lain, maka mintalah akan kematianmu, jika kamu adalah orang-orang yang
benar”.
2.2.1. Yahuah dan tingkat penyembahanya.
Dalam penulisan kali ini
kita akan membahas Tuhan-tuhan Bani Israel:
Asal kata yahuah .Al
ustadz Abbas Mahmud Al- Aqqad berkata , bahwa sesungguhnya perkataan yahuah
tidak diketahui dengan tepat dari mana sumberpun, tetapi perkataan ini bisa
diambil dari sumber suatu benda yang hidup dan boleh jadi juga ia dimaksudkan
dengan suatu panggilan kepada orang ketiga (ghaib); dalam bahasa arab yahuah
bearti wahai si dia. Dan maksud yang sama juga telah dipakai oleh Smith
tetapi ia menambahkannya: ada kemungkinan
maksudnya membaca arti yang lain ; yaitu perkataan dalam bahasa Ibrani, yang
maknanya sama dengan perkataan Lord (tuah). Bahasa Ibrani pada awalnya
ditulis tanpa huruf –huruf yang jelas ke dalam bahasa itu , maka perkataan ini Yahuah
pun menjadi Yehovah yang ertinya, tuan dan tuhan.
2.2.2. Sifat –sifat yahuah
Tentunya bagi tuhan ada
pelbagai nama atau sifatnya. Dalam bahasa Arab dipanggil Allah Yang Maha Esa.
Dalam Bahasa Inggris sebagai God Dalam bahasa Melayu atau bahasa
Indonesia disebut sebagai dengan Tuhan, dan seterusnya. Tetapi apakah
perkataan Yahuah itu nama bagi Tuhan pada orang-orang Yahudi atau dalam
bahasa Ibraninya?
Jawabanya tidak, sama
sekali tidak kerana sifat-sifat yang disebut oleh orang-orang Yahudi bagi tuhan
Yahuah itu jauh berbeda dari sifat-sifat Tuhan bagi pengertian golongan
orang-orang yang beragama.
Will Durant berkata : Ada
kemungkinan bahawa tentera Yahudi yang menaklukan negeri-negeri baru, telah
terpesona dengan salah satu dari tuhan-tuhan kebangsaan Kan’an , lalu mereka
pun mengikuti tata cara orang Kan’an dalam menyembahnya. Dan mereka pula
menjadikannya sebagai pula. Terbukti pada zaman 300 SM di kan’an terdapat
patung –patung atau tembikar yang bertulisan Yah atau Yahu.
Yahuah tidak mendakwa
dirinya pandai atau pintar dan dia meminta dari Bani Israel untuk nenunjukinya.
Tatkala Bani Israel masih berada di Mesir, Tuhan telah membuat keputusan “Aku
akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai
anak binatang, akan kubunuh”,[2] tetapi
yahuah tidak ingin menjatuhkan hukuman matinya kepada Bani Israel, sebab itu
diminta dari bangsa Bani Israel untuk menandai rumah-rumah mereka dengan darah
domba yang dikorbankan, kemudian menyapukan darahnya kepada dua tiangpintu dan
ambang rumah mereka.[3]
2.3. Konsep ketuhanan menurut agama Islam
Menurut agama Islam tuhan
itu adala yang maha Esa dan dialah segalanya tempat kita memohon pertolongan
segala sesuatu dan dia tidak mempunyai ibu dan bapa atau orang tua dan juga dia
tidak beranak dan memiliki anak, dengan itu kita bisa ketahu dia yang maha Esa,
dan tiada makhluk yang diciptakan olehnya itu setara kekuatannya dengan Allah.
Di dalam Al qur’an telah menjelaskan akan ke-Esaan Allah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ
الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ
يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾
Artinya:
1). Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
2). Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3). Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
4). Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
1). Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
2). Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3). Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
4). Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
2.3.1. Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah, dan Tauhid
As’ma wa Sifat.
Tauhid Rububiyah
Jawaban
dari pertanyaan ini harus dilangkapi dan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.
Untuk itu harus mengetahui apa pengertian dari Rabb tersebut yang
darinya dibentuk kata rububiah.
Jadi
kata Rabb digunakan dengan penggunaan yang haqiqi dan juga digunakan untuk yang
lain secara majazi atau idhafi, dan tidak untuk yang lain. Dari
sini maka kita ketahui makna tauhid Rubibiah adalah meniadakan sekutu
bagi Allah dalam sifat ketuhanan yang hak yaitu pencipta ,memberi rezeki
menguasa dan mengatur, yang dari kelazimannya adalah menghidupkan dan
mematikan, memberi dan mencegah, memberi bahaya dan manfaat , memuliakan dan
menghina.
Tauuhid Uluhiyah.
Sesungguhnya
tauhid Uluhiyah adalah bagian yang sangat penting dari akidah mukmin. Sebbab
tauhid ini adalah sebuah dari tauhid Rububiyah dan tauhid as’ma wa sifat, maka
tanpa tauhid Uluhiyah, maka tauhid Rububiyah dan tauhid as’ma wa kehilangan
makna dan faidahnya. Kerana tauhid Uluhiyah membahas seputar mengenal Allah dan
ketuhanan-Nya, serta meniadakan sekutu baginya dalam hal itu.
Adapun
tauhid Uluhiyah adalah mengesakan Allah dalam ibadah dengan segala yang
disyariatkan-Nya, agar kita beribadah kepada Allah dengan amalan –amalan hati
dan anggota badan dan tanpa mempersekutukan Allah dengan apapun. Tauhid Uluhiyah juga merupakan
terpautnya hati kepada Allah, yaitu berupa rasa takut dan penuh harap, seperti
menyerahkan diri kepada Allah semata dan menyandarkan segala kehidupan
kepadanya. Maka Allah berfirman:
قُلْ إِنَّ صَلاتِي
وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لا شَرِيكَ لَهُ
وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ﴾ الأنعام: 162-163
Artinya:
“Katakanlah, ‘Sesumgguhnya
shalatku ,ibadahku , hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan semesta
alam, tiada sekutu bagi-Nya dan demikianlah itu yang diperintahkan kepadaku dan
aku adalah orang yang pertama yang akan menyerahkan diri(kepada Allah).” (Al
–An’am: 162-163)
Tauhid Uluhiyah memang mempunyai peran yang sangat
penting dan harus diketahui yaitu seluruh Rasul yang di utuskan semuanya
membawa seruan yang sama yaitu “Hai kaum ku sembahlah Allah, sekali-kali tidak
ada tuhan selain Allah. Itu yang terkandung dalam kalimat La ilaha iilallah
(tiada tuhan selain Allah).
Tauhid As’ma wa Sifat.
Sesunggunya Allah telah menyifati diri-Nya dalam
kitabn-Nya dan juga melalui rasulnya dengan sifat-sifat yang tinggi dan
memerintahkan agar orang-orang mukmin yang beriman kepadanya menyifati-Nya
dengan sifat-sifat itu serta bertawassul dan mendekatkan diri
kepada-Nya.
“Dari
Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai
99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk
syurga.” Sahih Bukhari.”[4]
Karena
Allah telah menamai diri-Nya yang indah (asmaul husna), maka wajib
beriman kepada nama-nama-Nya dan menerimanya serta memahaminya sebagaimana yang
dikehendaki-Nya. Maka, barang siapa yang meniadakan dari-Nya sifat atau nama
yang ditetapkan untuk diri-Nya, maka dia telah kufur. Dan barang siapa
menyerupakan asma-asma-Nya dan sifat-sifatnya itu dengan nama-nama dan
sifat-sifat makhluk, maka dia juga telah kafir atau musyrik. Sebab dia berada
diantara mendustakan Allah dan berdusta kepada-Nya, sedangkan keduanya adalah
kufur yang hina dan kezaliman yang besar.
BAB III
PENUTUP
Kesimpulan
Berdasarkan pembahasan yang dilakukan di dalam makalah
ini kita bisa mendapati mengambil kesimpulan :
1. Allah telah mengutuskan
banyak para nabi kepada kaum Yahudi, tetapi dengan pemahaman premitif yang
dijadikan sebagai pegangan pokok mereka. Tetapi mereka menganggap yang mana
mereka adalah kaum yang terpilih.
2. Orang Yahudi menganggap
tuhan itu mempunyai kelemehan dan tidak bisa membuat apa yang ingin dia lakukan
dengan sendiri dan perlu bantuan manusia sebagai makhluk.
3. Menurut agama Islam tuhan itu adala yang
maha Esa dan dialah segalanya tempat kita memohon pertolongan segala sesuatu
dan dia tidak mempunyai ibu dan bapa atau orang tua dan juga dia tidak beranak
dan memiliki anak, dengan itu kita bisa ketahu dia yang maha Esa, dan tiada
makhluk yang diciptakan olehnya itu setara kekuatannya dengan Allah.
4. Sesungguhnya agama Islam dan agama Yahudi dari
sumber yang sama yaitu dari Allah dengan satu tujuan yaitu ketauhidan, tetapi
terpisah dengan disebabkan sikap keras kepala mereka yaitu orang Yahudi
sehingga mereka mengsyirikan Allah dan murtad.
Saran
Berdasarkan pemakalahan diatas
maka saran dari saya adalah Agama Islam adalah Agama yang hakiki yang mana
ianya amat meletakkan darjat sang Kholik pada darjatnya dan tidak menyamakan
dengan darjat makhluk ciptaannya. Dan agama Yahudi amatlah tidak bisa di
percayai kerna mereka telah menuhankan sesuatu yang punya kelemahan bahkan ia
bisa dikalahkan oleh makhluknya sendiri.
Penutup
Dari pemakalah kali ini juga
kita bisa ketahui yang mana agama Islam amatlah megesakan tuhan (Allah) dan
agama Yahudi pula mereka seakan mengejek ke-Esaan tuhan (Yahuah) dengan
perkataan dan perbuatan mereka sendiri. Sedangkan kenapa mereka mempercayai
tuhan itu (Yahuah) ada, sedangkan tuhan mereka sendiri (Yahuah) mempunyai
kelemahan.
DAFTAR PUSAKA
Refrensi
·
Al- Jazairi, Syaikh
Abu Bakar. Akidah Mukmin. Pustaka Al-Kautsar Penerbit Buku Islam Utama.
·
Abd Rahman, Mohd
Rosmizi
Azdi Wan Rozali,
Wan Mohd Fazlur
Abdul Mutalib,
Marina Munira
Mohd Ramly,
Roslizawati. Agama-agama Di Dunia. Universiti Sains Islam Malaysia.
·
Shalaby, prof. Dr. Ahmad. Perbandingan
Agama, Agama Yahudi. Pt bina ilmu.
[1] Agama-agama dunia , University Sains Islam Malaysia, halaman:55
[2] Old testament: keluaran 12 : 12
[3] Old testament: keluaran 12 : 7
[4] https://bambies.wordpress.com/2014/03/20/asmaul-husna-beserta-dalil-al-quran-dan-artinya/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar